Monday, April 5, 2010

Saat2 Menjadi Seorang Ummi










Anakku sayang..Nur farisya Humaira..
ummi titipkan secebis pengalaman sepanjang ummi menghadapi situasi saat2 menjadi seorang ummi..
16 Jan 2010
Ummi last berada di KL, pada hari itu jugak ayah anta ummi pulang ke kg. untuk pengetahuan baby, ummi ambil cuti awal 2 minggu sebelum tarikh due. Sepanjang perjalanan bersama ayah.. dalam kotak fikiran ni, melayang2 je..dalam hati berkata..ini kali terakhir aku pulang ke kg. berdua bersama suami..selepas ini bertiga..bersama permata hati ummi dan ayah..

17 Jan 2010 - 28 Jan 2010
sepanjang berada di kg. selera makan ummi bertambah, baby bayangkan dalam masa seminggu berat ummi naik 2kg..WOW..mengejutkan..
hari bertukar ganti..27 Jan 2010 hari lahir ummi yang ke-28 tahun, adakah anak ummi akan lahir pada birthday ummi?...ummi hanya berdoa..mana la tau kalau sma ngan ummi, kita berkongsi lelaki yang sama, berkongsi tarikh lahir yang sama..
28 Jan 2010
ummi ke poliklinik bdr pusat, doktor arahkan ummi keesokan hari (29 Jan 2010) ke Hospital Temerloh coz kena msk wad...alamak..berderau darah ummi, takutnya...mcm2 ummi fikirkan..takut kena paksa bersalin kalau baby takmau keluar lg..

29 Jan 2010
ayah dan opah anta ummi ke hospital temerloh, ummi terus ditempatkan di wad Kenanga..suasana sedikit tegang coz ummi cuak sgt tgk macam2 ragam bakal2 ibu ni..tapi ummi bykkan rehat coz taknk fikiran ummi ni terganggu..

29 Jan 2010 (malam)
Tanda2 melahirkan baby dah turun, sikit demi sikit darah keluar..tapi belum ada tanda2 sakit.. apabila doktor cek, bukaan telah 3cm..ummi berdoa agar anak ummi keluar dgn selamat..biarlah ummi menanggung kesakitan, yang penting anak ummi selamat..

30 Jan 2010 (pagi)
Ummi diminta untuk memakai baju khas kaler pink, coz jam 10pg ummi akan ke labor room..dalam hati tak rasa takut lg coz ummi tak rasa sakit..ummi sms ayah mintak belikan mee goreng coz ummi lapar yang amat sgt.. sambil tu, ummi borak2 ngan bakal2 ibu yang lain, masa ummi tengah berbual tu, ayah dtg..tak sempat ummi makan mee goreng tu, nurse mintak ummi bsedia ke labor room, kebetulan ayah ada kat situ, ayah tlg packing sume barang2 ummi..

di Labor Room
semasa di labor room, air ketuban dipecahkan, kesakitan mula terasa..sakit tu makin kuat..ayah setia di sisi ummi, berikan ummi semangat..tangan ummi digenggam erat..kesakitan berkurangan..semasa bukaan 5cm, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan ke atas ummi kerana baby dah berak dalam perut... hanya tuhan yang tahu perasaan ummi ketika itu..hasrat untuk bersalin normal tak kesampaian..tapi ummi bersyukur kerana ummi berpeluang untuk merasa sakit bersalin. ketika ummi di bawa ke labor room, ummi tertidur kerana keletihan... yang ummi sedar, doktor kejutkan ummi, coz doktor nak cucuk ubat bius kat tulang belakang..semasa proses kelahiran melalui pembedahan dilakukan, ummi tak sedar, walau dibius separuh. AKHIRNYA..sayup2 ummi terdengar suara baby nyaring sgt menangis.. dalam masa yang sama doktor dan nurse sume menjerit.."wow big baby"... "10kg baby"..dalam hati ummi terdetik besarnya anak ummi, mst comel..setelah baby dibersihkan, nurse berikan baby kepada ummi, ummi cium pipi anak ummi sepuas hati...dan anak ummi mmg "BIG BABY.. 4.3kg " :) setelah itu, kita dipisahkan...anak ummi disegerakan ke wad bayi, coz doktor bimbang jika ada sebarang masalah...dan ummi pulak, doktor dan nurse teruskan menjahit tmpt operation tu..(eii ngerinya)....setelah habis sesi pembedahan, ummi ditempatkan ke wad...semasa dlm perjalanan ke wad, ummi sempat jumpa opah,atuk,mak long, mak lang, acu dan ayah.....selepas itu, kami terpisah...esoknya pulak baru blh jumpa..6 jam ummi dibaringkan tanpa bantal..sakit satu badan coz tak leh gerak...tapi ummi tak pedulikan kesakitan tu..coz ummi dah jd seorang UMMI kepada NURFARISYA HUMAIRA ROZMAN...




No comments:

Post a Comment