Friday, October 22, 2010

Indahnya hidup bergelar UMMI..

Salam sayang anakku..
pejam celik pejam celik hampir 9 bulan ummi bergelar 'UMMI'..
ummi teramat2 bersyukur kerana DIA memberi ummi peluang untuk merasai nikmatnya seorang wanita  bergelar sebagai IBU,EMAK,UMMI,MAMA,MOMMY...
tiada kata yang dapat ummi jelaskan betapa diri ini amat2 bersyukur menjadi ummi kepada Nur farisya humaira..
insyallah sayang,
ummi akan cuba menjadi ummi yang baik dan ummi akan sentiasa memperbaiki diri ummi untuk menjadi ummi yang sempurna di matamu..
2 thn ummi menunggu kelahiran seorang anak..
dalam tempoh itu, pelbagai dugaan dan sindiran yang ummi lalui..
namun, alah bisa tegal biasa..
ummi anggap semua tu sebagai ujian dari NYA..
dgn usaha dan berkat doa..dengan izin ALLAh..
akhirnya ummi mengandungkan baby..
ummi bersyukur sgt2..
rindu pada perut bolat ummi ketika mengandungkan baby..hihihi..ramai yg kata ummi mengandungkan anak kembar..sebab perut ummi yg besar..hehe..
ummi tak kisah semua tu, walaupun besar, ummi rela tanggung semua..
walau kaki ini berat nak melangkah sebab berat ummi dah obes..
ummi gagahkan jua..
sebab, semua ini yang ummi inginkan sejak dulu kan..
mengandung...melahirkan..membesarkan anak..
terima kasih Allah..
kerana Kau memberikan ku peluang melalui semua ini..
amin..

p/s : ummi akan menjadi ummi yg terbaik buat baby...

No comments:

Post a Comment