Wednesday, August 5, 2009

Anak Ummi ~ 7 Weeks





Pada 3 Jun 2009 ~ Masa berlalu begitu pantas, dan ummi memang sentiasa menghitung hari. cepat lah masa berlalu, tak sabar nak menunggu kelahiran insan tersayang. Bukti CINTA ummi dan abah. Hari ini genap kandunganku 7 minggu. Cepatkan masa berlalu..Petang semalam abah terpaksa ke klinik disebabkan abah pening kepala dan muntah-muntah, jadi doc bagi abah cuti sakit, soh berehat..tapi abah takmo sebab katanya dah petang..biar jelah die habiskan keje.



Dalam masa yang sama, abah tanya doc, coz ummi dalam kerisauan sebab ummi langsung takde tanda-tanda mengandung, maksud ummi seperti muntah-muntah, pening2..CUMA ummi sakit pinggang dan kaki kejang jer la..doc cakap kat hubby, itu perkara normal, doc kata setiap orang tak sama pembawaannya ada orang mabuk teruk, ada orang langsung takde, ada lak husband yang mabuk, yang ni cam kes ummi la......so dah lega dah...



Aktiviti ummi malam-malam sekarang ni baca al-quran, tapi selalunya ummi akan pastikan pukul 10 malam mesti ummi dah masuk ke kamar tidur. Kang tak cukup rehat pulak..kesian kat baby. Oh ya pagi tadi tekak terasa haus ya amat, ummi terus la minum susu HL tu, sekali dah masam cam basi..terus ummi muntah..teruk betul..expired lambat lagi..huhhhh sabar jelah..





******SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KANDUNGANKU INI DAN SEMOGA AKU SELAMAT MELAHIRKAN BABY TERCINTA******

No comments:

Post a Comment