Tuesday, August 11, 2009

Keajaiban Tuhan...Allahuakbar..


Pada 11 Ogos 2009, (Selasa).


Ummi dan abah ke klinik untuk kali kedua. Disebabkan berat ummi 80kg++, doc nak check samada ummi ada kencing manis. Seperti biasa jam 8 pagi dah sampai kat klinik. Mula-mula kena masuk bilik 6.. doc nak cucuk ummi..amik darah. bacaan kat meter tu (ummi pun tak pasti namanya) tapi keluar angka 4. 7. nurse tu kata darah ok, normal, takde kencing manis. tapi kena minum air glukos.

Ummi pun keluar dari bilik 6, ikut nurse tu ke satu bilik. dalam bilik tu cuma ummi, indian lady dan nurse. nurse tu bagi ummi satu mug besar yang dipenuhi air glukos berwarna oren..mak aii pekat nya kaler..aduss kena minum dalam masa 5 minit. Ummi berjaya gak abiskan. Setelah itu, nurse tu mintak ummi jumpa doc di bilik 1. Doctor tu baik..indian lady.. mula dia suruh ummi tarik nafas, dia check breast, pastu doc tu mintak ummi hulurkan kedua2 tangan..doc tu kata tangan ummi mengeletar. Doc kata tu tanda2 kena tiroid..pastu doc tu kata kemungkinan besar sebab mak ummi pun memang menghidap tiroid. pastu doc mintak ummi gi amik darah lagi sekali lepas dia abis check up ummi, doc mintak ummi baring. rupanya doc nak scan perut ummi..

Saat2 yang ummi tunggu...oooh anak ummi bergerak aktif..doc kata anak ummi ni tengah melompat2..hehe..dah nampak kepala, kaki, badan,tangan, jantung anak ummi dup dap dup dap...oh sayang...semoga sihat ya.. Selepas itu, ummi kena amik darah lagi...lebam dah tangan ni. tapi takpe..pastu, nurse tu kata, bacaan darah tu dah 7.6..dia kata boarder dah tu..dah nak kena kencing manis..alamak....ummi terkejut la coz mula2 tadi bacaan 4.7 je..pastu nurse tu jumpa doc mintak confirmation..

lastly baby tau..

ummi kena gak gi lagi sekali esok kat klinik..dari jam 8.00 pagi - 8.00 malam. kena amik darah 4 kali sehari..tapi arini paling best walau dicucuk2..ummi suka tengok anak ummi bergerak2..alhamdulilah..

No comments:

Post a Comment